Sunday, March 13, 2011

Tip Membuat Keputusan..

:- Carilah tempat yang tenang untuk berfikir. Kalau boleh jauh dari keadaan sekeliling yang mendesak kamu membuat keputusan.
:-  Jangan memdesak diri untuk membuat keputusan dengan cepat. Selagi ada masa selagi itulah gunakan masa yang ada untuk berfikir sewaras-warasnya.
:- Dapatkan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman.
:- Jangan terpengaruh dengan kata-kata yang dirasakan tidak memberi input pada kamu @ tidak dapat membantu kamu dalam membuat keputusan.
:- Sekirannya malu untuk bertanya pada sesiapa rujuklan pada buku @ majalah yang boleh membantu kamu membuat keputusan.
:- Perbanyakkan membaca agar kamu dapat berfikir dengan lebih terbuka dan logik.
:- Elakka dari mengikut keputusan orang lain. Sebaiknya kamu perlu ada pendirian sendiri dan dalam setiap keputusan yang kamu buat perlulah ada sebab.
:- Setiap keputusan yang akan kamu buat senaraikan pro dan kontranya apabila keputusan tersebut dilaksanakan. Melalui timbang cara itu kamu akan nampak dengan jelas mana satu yang lebih terbaik.
:- Jangan sesekali membuat keputusan mengikut apa yang orang lain mahu dari kamu tetapi buatlah keputusan mengikut apa yang diri kamu mahukan pada diri kamu.
:- Sentiasa memohon pertolongan dari-Nya agar dibuka jalan dan diberi petunjuk dalam membuat keputusan,

No comments:

Post a Comment